Ekonomi Asia suram - Utusan Malaysia

Ekonomi Asia suram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 3 Dis. – Prospek ekonomi Asia suram susulan aktiviti perkilangan dan pesanan eksport semakin lemah pada November dan penganalisis menjangkakan tiada pemulihan pantas bagi merangsang pertumbuhan perdagangan global.

Sektor korporat telah dilanda kebimbangan terhadap perlindungan yang berlebihan, kejatuhan aktiviti pengeluaran di beberapa buah negara seperti Indonesia, Taiwan dan Korea Selatan.

Aktiviti perkilangan di China naik sedikit, namun pesanan eksport baharu terus merosot.

Tinjauan pada awal pagi Isnin menunjukkan kelembapan mendadak dalam perbelanjaan modal Jepun yang dianggap sebagai pemacu utama kepada ekonomi yang bergantung kepada eksport.

Bursa saham Asia naik pada Isnin selepas pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan China bertemu di Sidang Kemuncak G20 di Argentina dan bersetuju terhadap gencatan perang perdagangan sekali gus menawarkan jaminan prospek ekonomi global.

Bagaimanapun, penganalisis berpendapat tempoh 90 hari untuk kedua-dua pihak bersetuju bagi mencapai kesepakatan dalam menghasilkan resolusi yang konkrit masih jauh.

Menurut Ketua Pasaran Ekonomi SMBC Nikko Securities, Yoshimasa Maruyama, terdapat risiko yang agak besar perang dagangan antara AS-China kembali tegang selepas 90 hari sekali gus membuatkan ekonomi global kembali tidak stabil.

“Perang dagangan antara kedua-dua kuasa ekonomi du­nia itu kekal sebagai risiko terbesar terhadap prospek ekonomi global,” katanya.

Sementara itu, aktiviti perkilangan di India melonjak pada November dengan kadar terpantas pada tahun ini disokong oleh peningkatan permintaan domestik dan asing yang membolehkan firma menaikkan harga.

Aktiviti perkilangan di China berkembang sedikit pada bulan lalu, namun mencatatkan penurunan pesanan eksport baharu mencerminkan permintaan global yang semakin lemah. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN