Dua wanita maut kemalangan dua kereta - Utusan Malaysia

Dua wanita maut kemalangan dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK 3 Dis. – Dua wanita maut manakala dua lelaki termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 60, Jalan Raya Timur Barat, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata, kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Perodua Alza dan Proton Persona di mana dua wanita tersepit di dalam kenderaan.

Katanya, kedua-dua mangsa yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba bagaimanapun didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua lelaki yang cedera termasuk seorang kanak-kanak telah dikeluarkan oleh orang awam dari kenderaan terlibat dan dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut.

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dengan dibantu tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jeli dihantar ke tempat kejadian setelah menerima panggilan pada pukul 3.15 petang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN