KLANG – Malang kepada dua penjenayah apabila bukan sahaja melarikan sebuah beg berisi kasut kanak-kanak malah aksi mereka memecah masuk kenderaan dirakam oleh pengunjung dalam kejadian di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bukit Tinggi kelmarin. Kedua-dua suspek dikenali sebagai Burung dan Adik masing-masing berusia 33 dan 19 ditahan selepas 20 jam melakukan jenayah mereka. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan mereka susulan…