KLANG – Perbuatan jahat dua sahabat termasuk seorang remaja mencuri motosikal di daerah ini sejak tiga bulan lalu berakhir selepas diberkas di Taman Sungai Kapar Indah di sini semalam. Dalam kejadian pukul 3.50 petang, kedua-dua yang ditahan berusia 15 dan 23 tahun. Pemangku Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, penangkapan mereka dilakukan oleh dua anggota polis semasa rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan tersebut. Katanya, suspek…










