TASEK GELUGOR 18 Dis. – Polis sedang mengesan dua pelajar Sekolah Tunas Bakti Telok Ayer Tawar, Butterworth di sini selepas mereka dipercayai melarikan diri dari asrama semalam. Pelajar lelaki yang berusia 14 dan 17 tahun berkenaan dilaporkan hilang kira-kira pukul 9.20 malam ketika pemeriksaan di dewan makan dilakukan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pelajar tersebut didapati hilang semasa penjaga membuat panggilan nama di…










