GERIK – Dua wanita warga emas maut manakala empat yang lain cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 65, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli di sini petang tadi. Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.55 petang itu, mangsa, Sabariah Yusoff, 59, dan Wan Asmah Wan Ismail, 58, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza itu. Ketua Polis Daerah Gerik,…










