Dr. Mahathir ucap takziah - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir ucap takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Pemergian ke rahmatullah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir dalam status di akaun Twitter miliknya menzahirkan kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Adib setelah menerima berita tersebut.

“Saya amat sedih menerima berita ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman.

“Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib atas pemergian beliau. Al-fatihah,” katanya.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) selepas bertarung nyawa selama kira-kira tiga minggu.

Muhammad Adib cedera parah dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya dekat sini, 27 November lalu. Beliau sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 23 Disember ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN