Diberkas selepas sejam pecah rumah - Utusan Malaysia

Diberkas selepas sejam pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Hasrat dua penyamun untuk berjoli sakan hasil pecah rumah tidak kesampaian selepas seorang daripadanya dicekup dalam kejadian di Taman Kapar Ria di sini semalam.

Penahanan suspek berusia 20-an itu dilakukan pukul 2 pagi selepas sejam melakukan jenayah berkenaan.

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, penangkapan suspek hasil rondaan cegah jenayah dilakukan anggota dari Balai Polis Kapar di kawasan berkenaan.

Katanya, sewaktu dihampiri didapati kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun seorang daripadanya berjaya diberkas polis.

“Hasil pemeriksaan, kita menemui sebatang besi tajam yang dipercayai digunakan sebagai alat untuk pecah rumah yang tersisip di pinggang seluar suspek.

“Kita juga berjaya merampas wang tunai RM400 dan sebuah telefon bimbit yang berada di tangan mangsa selain tiga bentuk subang dan dua cincin emas yang disimpan dalam poket seluar suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, soal-siat terhadap suspek kemudiannya membawa kepada lokasi simpanan barangan pecah rumah yang dilakukan mereka di Taman Klang Utara di sini.

Jelas Nurulhuda, semakan rekod terhadap suspek mendapati dia mempunyai enam rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama enam hari bermula semalam dengan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Usaha memburu seorang lagi rakan suspek sedang giat dilakukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN