Dewan Negara: Kertas putih pertahanan jaga kebajikan ATM - Utusan Malaysia

Dewan Negara: Kertas putih pertahanan jaga kebajikan ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kertas Putih Pertahanan yang akan dibentangkan Kementerian Pertahanan di Parlimen tahun depan turut meliputi aspek kebajikan anggota, keluarga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), demikian persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, kertas putih itu akan menggariskan hala tuju dan strategi pertahanan serta keselamatan negara.

Sementara itu, beliau berkata  antara bantuan terkini yang diluluskan kerajaan ialah bantuan kewangan kepada persatuan bekas tentera sebanyak RM500,000 yang diagihkan kepada 140 persatuan bekas tentera.

“Kementerian Pertahanan sentiasa memberi keutamaan kepada isu kebajikan, sama ada anggota yang masih dalam perkhidmatan atau yang telah menamatkan perkhidmatan.

“Justeru, usaha kerajaan dalam menjaga kebajikan mereka akan diteruskan dan akan ditambah baik” katanya ketika menjawab soalan Senator Husam Musa yang ingin tahu langkah pembaharuan bagi meningkatkan kebajikan anggota tentera termasuk pesara. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN