Detiknya sudah bermula! - Utusan Malaysia

Detiknya sudah bermula!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 15 Dis. – Ribuan lautan merah penyokong Vietnam membanjiri segenap Stadium My Dinh, Hanoi malam ini untuk pertembungan paling dinantikan, final kedua Piala AFF 2018 menentang Malaysia.

Perkarangan stadium sudah dibanjiri penyokong seawal pukul 12 tengah hari, namun debaran kian terasa sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Pertemuan antara pasukan tuan rumah dan Malaysia dalam final kedua pasti menyajikan pertarungan yang sengit selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas.

Suasana diluar stadium juga cukup meriah dengan kebanyakkan penyokong yang tidak mempunyai tiket sanggup berkumpul beramai-ramai dengan memakai baju merah untuk menyatakan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka.

Bagaimanapun, kesempatan itu juga digunakan oleh ulat tiket untuk terus membuat tawaran harga kepada penyokong Naga Emas yang masih tidak mempunyai tiket.

Sementara itu, pasukan Harimau Malaya turut mendapat sokongan hampir 2,000 penyokong yang sanggup turun ke Hanoi demi menyemarakkan semangat anak-anak buah Tan Cheng Hoe di Hanoi.

Selain mereka yang berada di stadium, doa jutaan rakyat Malaysia turut mengiringi perjuangan Harimau Malaya untuk memburu kejuaraan kedua selepas 2010. Malaysia Boleh!. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN