DBKL benarkan perhimpunan kesyukuran ICERD di Jalan Raja - Utusan Malaysia

DBKL benarkan perhimpunan kesyukuran ICERD di Jalan Raja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja di sini pada Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pihaknya hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja sahaja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan dari pukul 2 petang hingga 6 petang.

“Kami telah menerima permohonan daripada penganjur yang terdiri daripada MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), UMMAH (Gerakan Pembela Ummah), dan DAULAT (Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia) sahaja pada 27 Nov lepas. 

“Sepanjang perhimpunan kesyukuran itu berlangsung, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan,  Jalan Raja serta padang Dataran Merdeka akan ditutup pada hari itu,” katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim di sini hari ini. 

Nor Hisham berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal lalu lintas dan keselamatan awam. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN