Dataran Merdeka pusat berkumpul ekor Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Dataran Merdeka pusat berkumpul ekor Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Tidak dapat berada di Stadium Nasional, My Dinh, Hanoi bukan penghalang buat penyokong Harimau Malaya di negara ini untuk terus memberikan sokongan apabila menjadikan Dataran Merdeka sebagai medan berkumpul menonton saingan akhir Piala AFF 2018.

Ribuan penyokong mula membanjiri kawasan sekeliling Dataran Merdeka seawal jam 6 petang untuk menyertai ‘Viewing Party’ iaitu tontonan siaran langsung perlawanan berkenaan di skrin gergasi.

Selain Dataran Merdeka, lokasi lain yang turut menyediakan skrin gergasi bagi menyaksikan perlawanan akhir tersebut ialah di Pantai Eco Park, Pantai Dalam; Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya dan Dataran Food Truck, PKNS, Bandar Baru Bangi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN