Dasar Keselamatan Siber Negara akan diperkenal tahun depan - Utusan Malaysia

Dasar Keselamatan Siber Negara akan diperkenal tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memperkenalkan Dasar Keselamatan Siber Negara pada suku pertama tahun depan bagi mengekang serangan siber, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.

Beliau menjelaskan dasar itu adalah bagi mengekang serangan siber dari dalam dan luar negara termasuk mengawal maklumat peribadi pengguna internet.

“Dasar itu sedang dirangka oleh kementerian dan kita jangkakan ia diumumkan pada Mac tahun depan.

“Dasar ini akan menyokong pertumbuhan keselamatan siber kita yang merangkumi tindak balas insiden keselamatan siber yang dipertingkatkan dan forensik digital dengan keupayaan analisis data,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pembangunan Strategi Keselamatan Siber Negara hari ini.

Menteri itu berkata, dasar berkenaan akan diterajui KKMM dan agensi di bawah kementerian itu, selain bekerjasama beberapa kementerian lain seperti Kementerian Dalam Negeri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN