Curi telefon dipercayai punca 'Mak Nyah' dipukul hingga mati - Utusan Malaysia

Curi telefon dipercayai punca ‘Mak Nyah’ dipukul hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 15 Dis. – Punca ‘Mak Nyah’ dipukul hingga mati sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Bukit Tinggi, di sini, Rabu lalu adalah disebabkan mangsa didakwa mencuri telefon bimbit salah seorang suspek.

Kejadian kecurian tersebut pula dikatakan berlaku pada November lalu, ketika salah seorang suspek melanggan mangsa berusia 32 tahun dan berasal dari Sabah itu, bagi tujuan seks sejenis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, motif kejadian itu diketahui hasil soal siasat ke atas empat suspek selepas mereka ditahan di sekitar daerah ini bermula Khamis lalu.

Tambahnya, kesemua suspek yang ditahan itu berusia 16 hingga 21 tahun.

“Soal-siasat dilakukan mendapati kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes tersebut bersama seorang lagi suspek masih diburu.

“Hasil siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan mangsa berasal berusia 32 tahun didakwa mencuri telefon bimbit milik salah seorang suspek ketika melanggan mangsa pada November lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, polis telah mendapat perintah tahanan reman terhadap dua suspek selama 6 hari bermula semalam manakala dua lagi akan dipohon reman pagi ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – Utusan Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×