BERITA baik buat remaja berbakat yang berminat untuk menceburi bidang perlumbaan secara profesional di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas apabila satu pemilihan pelumba Kategori Satu Pengeluar (OMR) bagi musim 2019 kini telah dibuka.
Pemilihan tersebut bermula pada perlumbaan terakhir saingan Kejuaraan Cub Prix di Bandar Penawar, Johor pada hujung minggu ini untuk mencari 90 slot bagi pelumba muda.
Sama seperti musim-musim sebelum ini, perlumbaan yang dianjurkan bersama pengeluar, Boon Siew Honda dan Hong Leong Yamaha Motor ini terus memainkan peranan penting dalam melahirkan pelumba-pelumba tempatan berbakat di peringkat pembangunan.
“Sebanyak 60 slot pelumba kategori ini tersedia untuk musim 2019 dengan pertambahan 20 slot perlumbaan kedua yang dianjurkan oleh Hong Leong Yamaha.
“Setiap tahun, perlumbaan kategori ini terus memperlihatkan muka-muka baharu yang menjadi pelapis kepada generasi pelumba hari ini.” kata pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.
Perlumbaan satu pengeluar ini mempunyai sejarah melahirkan dan mengembangkan bakat ramai pelumba-pelumba terbaik negara ketika ini.
Antara bakat-bakat yang lahir dari program ini termasuklah Hafizh Syahrin Abdullah, Mohd. Ramdan Rosli,Adam Norrodin, Kasma Daniel Kasmayuddin, Khairul Idham Pawi dan Mohd. Zulfahmi Khairuddin.
Pendaftaran boleh dibuat melalui di laman http://malaysiancubprix.com/rider-search-2019/.










