MUKADIMAHPENDEDAHAN demi pendedahan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia mengenai kemasukan cili beracun dari Vietnam sejak beberapa minggu lalu sehingga permit kemasukannya digantung, merungkai satu lagi kelemahan besar dalam penguatkuasaan agensi kerajaan. Meskipun tidak dibenarkan masuk ke negara ini dan pintu masuk negara sentiasa dipantau, cili tersebut masih boleh dibeli di pasaran tempatan termasuk Pasar Borong Kuala Lumpur. Siasatan wartawan Mingguan Malaysia mendapati penguat kuasa di pintu sempadan menerima habuan…










