HANOI 16 Dis. – Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe enggan mengulas mengenai jaringan kontroversi Nguyen Anh Duc yang menyebabkan Malaysia tewas 0-1 aksi final kedua Piala AFF sekali gus terlepas gelaran menerusi agregat 2-3. Katanya, jaringan pada minit keenam itu jelas mengganggu rentak permainan anak-anak buahnya, sekali gus menyukarkan tugasan mereka untuk bangkit dalam perlawanan itu. Menurut bekas pengendali Kedah itu, pasukannya sudah beraksi sehabis daya dan mereka adalah…