LONDON – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri menegaskan The Blues sedia menawarkan kontrak lumayan kepada Eden Hazard dalam masa terdekat, namun terpulang kepada pemain bintang itu untuk membuat keputusan. Chelsea berjaya menyambung kontrak salah seorang daripada pemain utama mereka Selasa lalu apabila pemain pertahanan Cesar Azpilicueta meneruskan komitmennya sehingga 2022. Sarri juga berharap dua tonggak pentingnya, David Luiz dan Cesc Fabregas yang kontrak mereka akan berakhir musim panas depan turut membuat…










