Berbaki tidak sampai setengah bulan, tahun 2018 bakal menjadi lipatan sejarah tersendiri buat empunya nama Izzue Islam. Ironi, seiring kalendar 2019 kian menguak tirainya, Izzue sedang bahagia menghitung detik untuk mengatur hari muka. Dia optimis dan bulat hati untuk meneruskan karier nyanyian secara solo, meskipun tidak lagi menyarung nama Forteen dalam kamus hidupnya. Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan itu tidak mengemis penerimaan orang ramai terhadap lagu-lagunya, pada…