Cef hiris bawang besar enam tingkat - Utusan Malaysia

Cef hiris bawang besar enam tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMIL NADU, India – Seorang cef lelaki di Keelakunupatti di negeri ini mempamerkan kemahiran luar biasa apabila dia menghiris enam biji bawang besar yang disusun menegak tanpa satu pun terjatuh.

Sebuah klip video berdurasi 14 saat menunjukkan tukang masak tersebut yang bekerja di sebuah hotel tempatan, memotong timbunan bawang itu dengan mudah tanpa menitiskan air mata.

Lebih menarik, tangannya pantas menghiris bawang itu dari pelbagai sudut, malah cef berkenaan mampu mengekalkan kedudukan bawang tanpa terjatuh.

Rakaman kemahiran kulinari cef itu dimuat naik di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Seorang netizen, Younis Khan berkata, cef tersebut memiliki bakat yang menakjubkan, malah katanya, mesin juga tidak dapat menandingi kehebatan lelaki tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN