KUALA LUMPUR 17 Dis. – Co-opbank Pertama (CBP) menyasarkan untuk membuka tiga lagi cawangan baharu tahun hadapan sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan perniagaan CBP. Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Mohd. Nor Abdul Razak berkata, ketika ini CBP memiliki 22 cawangan dengan dua cawangan baharu dibuka di Kuala Selangor dan Batu Pahat. Beliau berkata, kedua-dua cawangan tersebut yang telah mula beroperasi juga merupakan cawangan kedua di Selangor dan Johor. Katanya, pembukaan cawangan…










