Callme platform e-hailing baharu - Utusan Malaysia

Callme platform e-hailing baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Dis. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) de­ngan kerjasama Koperasi Peman­du serta pengusaha Teksi Limosin dan Kereta Sewa Selangor Berhad bakal me­lancarkan platform e-hailing yang dikenali sebagai Callme.

Platform tersebut dibangunkan bagi membantu koperasi dan pengusaha teksi seluruh negara yang menghadapi saingan daripada syarikat antarabangsa bermodal besar.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Angkasa, Borhan Mat Aris berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan pengguna membayar tambang secara tunai atau kad kredit.

BORHAN MAT ARIS
BORHAN MAT ARIS 

“Kaedah pembayaran yang sama seperti perkhidmatan e-hailing yang lain mewujudkan persaingan sihat.

“Buat masa ini perkhid­matan Callme hanya tertumpu di kawasan Lapa­ngan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan bakal diperkenalkan ke seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, dari segi undang-undang, perkhidmatan e-hailing itu masih mengekalkan peraturan di bawah selia­an Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“Setiap peman­du Callme perlu me­ngambil lesen serta latihan seperti pemandu-pemandu lain tanpa berke­cuali.

“Ini merupakan inisiatif kami untuk membantu pengusaha teksi konvensional dalam menambah ni­lai perkhidmatan me­reka,” ujarnya.

Sementara itu, pe­lancaran Callme akan disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Balai Ketibaan, Bangunan Terminal KLIA, esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×