Bomba selamatkan kanak-kanak leher tersepit di celah pagar - Utusan Malaysia

Bomba selamatkan kanak-kanak leher tersepit di celah pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun enam bulan mengalami detik cemas hampir setengah jam selepas lehernya tersepit di celah pagar keselamatan kanak-kanak di rumahnya di Taman Desa Bangau, Temerloh hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada ibu kanak-kanak berkenaan pada pukul 9.05 pagi sebelum tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, seorang kanak-kanak perempuan didapati berada dalam keadaan meniarap dengan lehernya tersepit pada pagar keselamatan kanak-kanak di dalam rumah itu.

“Anggota bomba kemudian menggunakan pemotong besi dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tempoh lima minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN