Bomba nafi bangunan KPKT terbakar - Utusan Malaysia

Bomba nafi bangunan KPKT terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya menafikan kepulan asap dari bangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Presint 4 di sini semalam berpunca daripada kejadian kebakaran.

Pengarahnya, Md. Hilman Abd. Rashid berkata, kepulan asap itu merupakan kepulan asap wap daripada pendingin hawa yang keluar dari tingkat atas bangunan tersebut.

Jelasnya, kepulan asap seperti kebakaran yang dilihat oleh orang ramai itu merupakan kejadian biasan cahaya dengan wap pendingin hawa.

“Pihak bomba Putrajaya mendapati tiada kebakaran seperti dilaporkan setelah melakukan pemeriksaan kerana ia merupakan kesan wap malam bersama asap pendingin hawa dan pencahayaan lampu waktu malam.

“Sehubungan itu, kami menafikan bangunan KPKT telah terbakar seperti yang tular di media sosial,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Media sosial semalam dikejutkan dengan penularan gambar yang menunjukkan kepulan asap dari bangunan KPKT seolah-olah bangunan terbakar.

Kejadian tersebut menyebabkan orang ramai yang berada berhampiran di kawasan itu mengambil gambar dan memuat naik di laman sosial. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN