SARIKEI 18 Dis. – Sebutir bom dipercayai tinggalan era perang dunia kedua yang masih aktif ditemui di kawasan perkampungan Ulu Kedup Jalan Agriculture dekat sini oleh seorang pekebun pada petang Ahad. Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Arfian Awang Bujang berkata bom itu ditemui dalam keadaan berkarat berukuran 43.18 sentimeter panjang; ukur lilit 35.56 sentimeter dengan berat antara satu hingga dua kilogram. Menurutnya, semasa ditemui, masih terdapat wayar berwarna merah…










