TIADA siapa pernah terfikir bahawa seorang pelarian akan menjadi manusia terbaik di dunia. Tiada siapa juga pernah terbayangkan bahawa pada usia menghampiri persaraan dalam lapangan sukan, manusia itu masih mampu mencipta legasi. Luka Modric, seorang bekas pelarian Perang Balkan hanya berusia enam tahun ketika perkampungannya di pekan Zadar, Croatia musnah dalam peperangan bagi menuntut kemerdekaan. Pekan Zadar yang terletak di pesisir Laut Adriatik hanya mempunyai kira-kira 75,000 orang penduduk, menyamai…










