RINTIK-RINTIK hujan mengundang kepiluan di hatiku tatkala melihat susuk tubuh rakan baikku yang penuh dengan wayar-wayar di hidung dan badannya. Tidak tergamak aku terus-menerus menatap susuk tubuh yang terbaring lemah di katil itu. Serta-merta air mataku bertakung di kelopak mata melihat penderitaan dan kesengsaraan rakan baikku menghadapi saat-saat yang cukup getir dan sukar untuk diterima oleh seluruh ahli keluarganya. Aku mengalihkan pandangan dan merenung ke luar jendela tatkala suasana sepi…










