Bersatu tiada niat kukuhkan parti dengan terima ahli UMNO - Utusan Malaysia

Bersatu tiada niat kukuhkan parti dengan terima ahli UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERLUN – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari ini menafikan parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan menerusi penyertaan ahli Parlimen daripada UMNO.

Beliau berkata, sebaliknya tindakan itu adalah selaras dengan amalan demokrasi yang membolehkan mereka bebas menyertai mana-mana parti politik dan terserah kepada parti berkenaan sama ada mahu menerima atau menolak bekas ahli UMNO terbabit.  

“Ini yang saya jelaskan kepada rakan-rakan komponen bahawa dalam amalan demokrasi kita tak perlu menolak mana-mana pihak nak sertai Pakatan Harapan (PH) sebab belum tentu dia nak masuk Bersatu kan kerana ada yang dah sertai Parti Warisan Sabah, mungkin juga PKR, Amanah atau DAP.

“Jadi kita patut terbuka, saya faham kegusaran rakan komponen dan kita terangkan kepada mereka bahawa ini tidak ada langsung datang niat kononnya nak mengukuhkan kedudukan Bersatu dari segi bilangan anggota Parlimen yang meningkat,” katanya kepada pemberita selepas Program Sumbangan Pakaian Sekolah Kembali ke Sekolah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sekumpulan pemimpin UMNO termasuk wakil rakyatnya keluar parti secara beramai-ramai dengan sebahagian menyatakan niat menyertai Bersatu sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan pemimpin parti komponen PH yang lain. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN