KUALA TERENGGANU – Jabatan Perikanan memberi jaminan bekalan ikan untuk permintaan tempatan masih mencukupi biar pun negeri-negeri Pantai Timur kini dilanda musim tengkujuh. Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd. Nawi berkata, kekurangan bekalan akibat nelayan-nelayan Pantai Timur tidak turun ke laut pada masa ini bakal ditampung oleh 40,000 tan ikan yang telah disejuk beku sejak bulan Mac lalu. Beliau berkata, persatuan nelayan negeri dan kawasan di seluruh negara telah menyimpan…










