NYON, Switzerland 17 Dis. – Bayern Munich menjangkakan cabaran getir menanti untuk memburu tiket suku akhir Liga Juara-Juara selepas diundi menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool dalam peringkat kalah mati hari ini. Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic berkata, Reds kini berada pada prestasi terbaiknya kerana belum kalah dalam saingan domestik sedangkan pasukannya mengharungi musim tidak menentu. “Mereka adalah pendahulu di England ketika ini. Liverpool memiliki corak permainan yang amat cantik,…










