Banjir di Pantai Timur reda - Utusan Malaysia

Banjir di Pantai Timur reda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 14 Dis. – Keadaan banjir di Pantai Timur khususnya di Terengganu dan Pahang reda apabila jumlah mangsa yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun hari ini.

Di Terengganu, bilangan penduduk yang terjejas setakat 8 malam ini berkurangan kepada 145 orang daripada 32 keluarga berbanding 666 orang daripada 194 keluarga pada tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A. Rahman berkata ketika ini, hanya daerah Kemaman masih dilanda banjir.

Menurutnya, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di Hulu Terengganu telah ditutup secara rasmi sepenuhnya pada 4 petang tadi.

“Ketika ini hanya lima PPS masih beroperasi di Kemaman iaitu Balai Raya Padang Kemunting yang menempatkan 15 mangsa, Surau Blok 28, Kampung Baru Felda Neram 1 (tiga), Dewan Orang Ramai Teladas (42), Masjid Batu 16 Tebak (35) dan Dewan Orang Ramai Batu 14 (50),” katanya kepada Bernama.

Di KUANTAN, sehingga petang ini, sebanyak 421 mangsa daripada 112 keluarga masih berada di tujuh PPS berbanding 435 orang pagi ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang ditemui selepas melawat mangsa banjir di PPS di SK Cherating hari ini berkata, kerajaan negeri akan mempertimbangkan sumbangan bersesuaian kepada mangsa banjir yang terjejas dan mengalami kerugian akibat musibah berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN