KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di daerah ini menurun daripada 421 orang yang dicatatkan semalam kepada 197 orang pada tengah hari tadi berikutan paras air kembali surut serta keadaan cuaca cerah.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pahang, Zainal Yusof berkata, penurunan bilangan tersebut turut menyaksikan tiga buah pusat pemindahan mangsa banjir di daerah ini telah ditutup.
“Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating, SK Sungai Karang dan SK Sungai Isap Murni telah ditutup secara berperingkat bermula pagi tadi,” katanya.
Menurut beliau, hanya empat pusat pemindahan sedang beroperasi ketika ini iaitu di SK Sungai Ular, SK Kempadang, SK Beserah dan Dewan Orang Ramai Balok di sini. – K! ONLINE










