Bangunan hotel terbiar terbakar - Utusan Malaysia

Bangunan hotel terbiar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 16 Dis. – Sebuah bangunan hotel enam tingkat yang sudah tidak beroperasi di Batu 8, Jalan Pantai sini musnah sebanyak 40 peratus dalam kebakaran semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5:35 petang.

Katanya, seramai 18 anggota bomba dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang dan Port Dickson dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba pada pukul 5.40 petang. 

“Kebakaran didapati berpunca daripada longgokan kayu yang dibakar oleh individu tertentu di tingkat satu bangunan itu.

“Api kemudian merebak ke bumbung hotel yang telah lama ditinggalkan itu namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan,”‘ katanya dalam kenyataan di sini. 

Menurut Kamal, api dapat dipadamkan sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada pukul 11:45 malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN