Bakti pelajar UniKL - Utusan Malaysia

Bakti pelajar UniKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebagai salah sebuah universiti terbaik di Malaysia, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memberi tumpuan kepada pembangunan mahasiswa untuk melahirkan graduan berkualiti, berketeram­­pilan, berdaya saing dan serba boleh. Tumpuan diberikan kepada pembinaan sahsiah pelajar termasuk keupayaan berinteraksi dengan masyarakat.

Pengarah Projek A’TEX Grooming Programme & Career Guidance, Mohamad Afiq Aiman Che Mohd. Zulkarnain, 21, berkata, program itu diperkenalkan pada Ogos lalu dan sudah berlangsung di lebih 10 buah sekolah terpilih.

“Terkini kami baru selesai melatih Majlis Perwakilan Murid (MPM) Daerah Kemaman sesi 2019 pada 16 hingga 19 November lalu di Kampus UniKL MITEC, Masai, Johor. Pasu­kan ini turut disertai Nik Sya­mim Firdaus Nik Ahmad Zuky, Ajwad Husni Husnizaim dan Nur Aqilah Fauzi,” katanya.

Katanya, objektif program adalah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berkomunikasi, berfikir aras tinggi, membina tahap keyakinan dan berdaya kreatif.

Menurutnya, kesemua itu merupakan perkara utama yang perlu dibentuk dengan sebaik mungkin. Di samping itu, penekanan terhadap laluan kerjaya pelajar apabila tamat belajar juga diutamakan.

“Setiap fasilitator berbeza latar belakang dalam pengajian masing-masing. Sebagai contoh ada bakal doktor dan bakal jurutera,” tambahnya.

Antara modul yang dijalankan adalah Personality Quiz, Runway Model, The Suspicious, Building Vision and Trust, Professional Ethics, Speak Up, Leadership Style dan Career Guidance.

Modul yang disediakan itu mengikut kesesuaian program yang dijalankan.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Elektronik Gunaan itu berkata, sepanjang program berkenaan, dia dan rakan-rakannya turut memperoleh pelbagai pengalaman yang menguatkan mereka sebagai satu pasukan walaupun dari kampus berbeza.

“Program ini merupakan komitmen berterusan pihak universiti untuk memberi­kan galakan agar mahasiswa berbakti kepada masyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN