KUALA LUMPU – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan mengalami perubahan jadual waktu tren bermula 21 Disember hadapan berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih landasan. KTM Bhd. dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan perubahan itu dilaksanakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad minggu keempat dan kelima Disember serta minggu pertama Januari 2019. “Kerja-kerja penyelenggaraan landasan akan berlangsung terus-menerus selama 30 jam mulai hari…










