IPOH 4 Dis. – Exco kerajaan Negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari menafikan tuduhan beliau merupakan individu yang mahu menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurutnya, tuduhan Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad itu merupakan gimik murahan dan tidak logik untuk dilaksanakan. Abdul Aziz sebaliknya mencabar Saarani supaya menunggu sehingga habis Persidangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan berakhir esok sama ada berlaku atau tidak usul undi tidak percaya…









