Peniaga menangis terlepas hukuman gantung kes edar syabu

Peniaga menangis terlepas hukuman gantung kes edar syabu

TERTUDUH (baju kelabu) dibawa anggota polis semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang peniaga alat ganti kenderaan menangis selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini, melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 342.3 gram, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi oleh Wan Mohamad Azlan Wan Mahamod, 34.

Menurutnya, tertuduh telah membuat pembelaaan dengan keterangan bersumpah sejak peringkat awal pendakwaan.

“Keterangan bersumpah tertuduh melibatkan kehadiran seorang lelaki bernama Mohd. Harif Mohd Azmi yang datang dan tidur di bilik tertuduh sebelum rumahnya diserbu polis. Keputusan ini (melepas dan membebaskan tertuduh) dijalankan selepas menilai tiga perkara iaitu akses terhadap rumah yang menjadi lokasi dadah itu ditemukan, kewujudan sebuah kereta jenis Proton Satria milik individu lain dan kehadiran orang lain di rumah tertuduh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Wan Mohamad Azlan didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 342.3 gram di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Kepas, Jalan Banggol Jering dekat Pasir Mas kira-kira pukul 4.10 pagi pada 2 September 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Mohd. Arshad manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nizam Mohamed. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya