KLUANG: Seorang wanita dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Puteri, di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, Puspowati Hussain, 53, dilaporkan tidak pulang hingga kini sejak keluar kira-kira pukul 12 tengah hari dari rumahnya di No. 29, Jalan Sutera 4/1, Taman Puteri, di sini.
Wanita itu memiliki warna kulit kuning langsat, bentuk muka bujur dengan ketinggian 156 sentimer dan anggaran berat badan 70 kilogram.
Berita berkaitan:
“Ketika keluar dari rumah, tidak dapat dipastikan jenis dan warna pakaian yang dipakai oleh wanita berkenaan.
“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat wanita ini diharapkan dapat menghubungi Balai Polis berdekatan atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak polis sedang berusaha mengesan kedudukan wanita tersebut. – UTUSAN











