KUALA LUMPUR – Pada 2017, pendapatan 114 badan berkanun persekutuan di bawah 23 kementerian adalah berjumlah RM124.362 bilion, meningkat sebanyak RM18.818 bilion atau 17.8 peratus daripada RM105.544 bilion pada 2016. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini, daripada jumlah tersebut pendapatan janaan sendiri adalah RM100.785 bilion atau 81.1 peratus, geran mengurus berjumlah RM16.952 bilion atau 13.6 peratus dan pelunasan geran lain berjumlah RM6.625…










