KUALA KANGSAR 17 Dis. – Masalah banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat di beberapa buah kampung dan kawasan perumahan di sini perlu diatasi secepat mungkin. Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid berkata, punca utamanya kejadian itu disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna kerana tertimbus dan tersumbat. Menurut beliau, banjir menimbulkan kesulitan kepada penghuni apabila terpaksa memindahkan peralatan rumah ke tempat yang tinggi. “Masalah banjir di sini…










