PUTRAJAYA 5 Dis. – Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang selesai memberikan keterangan lebih tujuh jam membabitkan siasatan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau yang tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini pada pukul 2 petang selesai memberikan keterangan pada pukul 9.30 malam ini. Hari ini, selain Ambrin, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad juga dipanggil memberikan…










