SELAMA ini orang Melayu digambarkan sebagai satu kelompok yang tidak mungkin bersatu. Perbezaan ideologi politik dan tidak sekata dalam mempertegas pendirian bila berhadapan dengan sesuatu isu menyebabkan mereka mudah dipecah dan dilemahkan. Kelemahan itu membuka ruang kepada kelompok tertentu mengambil kesempatan melaksanakan agenda mereka khususnya selepas berakhir Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Tanpa memikirkan perasaan orang Melayu, pelbagai perkara mereka lakukan. Bagaikan kera mendapat bunga dan kaduk naik junjung, orang…










