Amanah bincang dahulu sebelum terima pemimpin UMNO - Utusan Malaysia

Amanah bincang dahulu sebelum terima pemimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 14 Dis. – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengadakan perbincangan secara khusus sebelum membuka pintu kepada ahli-ahli UMNO yang telah meninggalkan parti itu.

Presidennya, Mohamad Sabu berpandangan, tindakan mereka keluar dari UMNO tidak menyusahkan Pakatan Harapan sebaliknya merupakan satu langkah yang cukup bijak ekoran ‘kapal sudah karam’.

“Kalau ada yang memohon, kita akan bincang dulu dalam Amanah dan Pakatan Harapan dan buat keputusan bersama.

“Kita akan bincang kedudukan mereka terutamanya mereka yang mempunyai jawatan besar. Kita akan bincang dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Nasional Amanah 2018, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berlainan, Mohamad turut membela DAP apabila membidas pembangkang kerana menimbulkan isu perkauman dalam membela hak-hak keistimewaan Melayu.

“Kita boleh membela kaum kita tetapi jangan kita sentiasa mengecam parti atau kita cuba menyalahkan. Sekarang ini, saya lihat semua hak-hak Melayu ditumpu salah pada DAP.

“Sedangkan DAP bersama dengan kerajaan, baru tujuh bulan. Yang menjadi kerajaan selama ini ialah mereka yang mengkritik itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×