PEMAIN tengah skuad Harimau Malaya, Muhd. Akram Mahinan bersedia menjadi ‘jeneral’ dalam mencrakkan tempo permainan menjelang aksi final pertama Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa depan. Lebih menarik, pemain baharu kelab PKNS FC itu percaya aksi final itu merupakan peluang terbaik buat pasukan kebangsaan membalas dendam ke atas skuad Naga Emas itu selepas tewas 0-2 pada peringkat Kumpulan A…










