Akhyar ‘digilai’ ramai - Utusan Malaysia

Akhyar ‘digilai’ ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 20 Dis. – Belum reda pertelingkahan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) bagi mendapatkan khidmat

Akhyar Rashid, Perlis secara tiba-tiba turut menyatakan minat sama untuk memancing bintang muda itu dalam usaha memperkuatkan skuad Singa Utara.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie berkata, status Akhyar kini masih ejen bebas dan pihaknya bersedia mengadakan rundingan dan merisik penyerang berusia 19 tahun itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengaturkan pertemuan dengan Akhyar dan berharap perjumpaan tersebut berlangsung positif.

PFA juga akan bertemu semula dengan KFA bagi membincangkan semula status sebenar Akhyar selain mendengar tuntutan mereka sekiranya ingin melepaskan pemain tersebut.

“Sebenarnya kita memang berminat untuk merisik dan mendapatkan Akhyar sebelum berlakunya kemelut antara KFA dgn JDT.

“Bagaimanapun rancangan itu ditangguhkan kerana pada masa itu komitmen Akhyar masih bersama Kedah dan skuad kebangsaan,” katanya di sini, hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN