KUALA LUMPUR 14 Dis. – AirAsia menjelaskan pihaknya tidak bertanggungjawab mengutip caj perkhidmatan penumpang (PSC) atau cukai lapangan terbang dan juga enggan mengutip caj tambahan daripada para penumpang bagi pihak Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MASSB) disebabkan oleh beberapa faktor. Ini kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat (gambar), pengguna yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) tidak sepatutnya dikenakan kadar yang sama di KLIA.…










