Ahli UMNO perlu bertenang - Utusan Malaysia

Ahli UMNO perlu bertenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Desakan supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan tidak semestinya disokong oleh semua ahli-ahli parti kerana menganggap pertukaran kepemimpinan buat masa ini tidak membawa apa-apa perubahan besar.

Bagi bekas calon Ketua Pemuda UMNO, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, ahli-ahli parti seharusnya bersikap tenang dan menyelamatkan kapal yang hampir ‘karam’ memandangkan UMNO bukannya perlu berdepan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat.

Kata beliau, sebaik-baiknya ahli-ahli UMNO menghormati demokrasi yang telah dilaksanakan menerusi Pemilihan UMNO pada Jun lalu.

Tambahnya, sesiapa yang mendesak pertukaran pucuk pimpinan UMNO terutama yang mengintai jawatan dalam parti, mereka boleh berbuat demikian semasa pemilihan UMNO pada tahun 2021 nanti.

“Dengan beberapa Ahli Parlimen UMNO meninggalkan parti, saya yakin tiba masanya pemimpin muda akan mendapat peluang seluas-luasnya menjadi ketua bahagian atau calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kalau Presiden letak jawatan sekarang, ia tidak membawa perubahan besar kepada parti kerana belum lagi pilihan raya umum,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Rosli juga mahu Ahmad Zahid diberikan peluang untuk mempertahankan diri di mahkamah atas pelbagai tuduhan, dan percaya jika didapati bersalah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dengan sendirinya akan melepaskan kedudukan sebagai Presiden UMNO tanpa desakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×