Ahli perniagaan maut rempuh belakang lori - Utusan Malaysia

Ahli perniagaan maut rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang ahli perniagaan maut setelah kenderaan jenis Volkswagen Passat yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori dalam kejadian di Persiaran Kasuarina, Bandar Botanik di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, Alfred Lim Ee Lin, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala selepas tersepit di dalam kereta tersebut. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Klang dari Persiaran Kasuarina, Bandar Botanik di sini. 

“Mangsa dikatakan gagal mengawal kereta dipandunya sebelum melanggar bahagian kiri belakang sebuah lori yang berada di hadapannya. 

“Akibat perlanggaran itu, mangsa tersepit di bahagian pemandu sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Beliau menambah, pemandu lori tersebut yang berusia 37 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN