Ahli Parlimen pembangkang lompat parti boleh jadi nilai tambah kepada Kerajaan PH - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen pembangkang lompat parti boleh jadi nilai tambah kepada Kerajaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Dis. – Penyertaan Ahli Parlimen pembangkang ke dalam kerajaan Pakatan Harapan (HP) seperti yang berlaku ketika ini boleh menjadi nilai tambah kepada kekuatan kerajaan sedia ada.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana ia boleh memberi kekuatan majoriti dua pertiga kepada kerajaan PH di dalam Parlimen.

Menurut beliau, majoriti dua pertiga itu diperlukan sekiranya kerajaan perlu melakukan sebarang perubahan membabitkan sesuatu dasar.

“Dalam konteks pengukuhan kerajaan PH, bagi saya (penyertaan Ahli Parlimen) pembangkang ini ada nilai tambah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu menghadiri program turun padang bersama penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, di sini pagi ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN