KUALA LUMPUR 6 Dis. – Adisak Kraisorn terduduk dan terkedu sebaik sahaja melihat sepakan penalti yang diambil pada waktu kecederaan hanya mampu melewati palang gol Malaysia, sekali gus menyebabkan juara bertahan, Thailand tersingkir daripada Piala AFF 2018. Keputusan seri 2-2 di Stadium Rajamangala, Bangkok sudah cukup untuk membawa Harimau Malaya melangkah ke final buat kali keempat menerusi peraturan gol tempat lawan, sekali gus meneruskan pemburuan kejuaraan kedua sejak kali terakhir…










